Sunday, 31 July 2011

Hari Pertama : Azam untuk perbaiki Ibadah.

Assalamualaikum Sahabat se-islam ku

Adakah anda sudah berniat puasa? jika belum sila2 berniat dan niat la atas nama Allah SWT. Hari ini hari pertama kita berpuasa dibulan Ramadhan. Rukun Islam ketiga ini sememangnya menjadi amalan kita di bulan mulia ini. Bulan ini la peluang kita memperbaiki segala cacat cela ibadah kita . Sepatutnya kita tak perlu menunggu bulan Ramadhan , cuma bulan ini mengajar kita berjihad. Jihad menahan lapar dahaga , jihad menahan nafsu.

Sahabat2 sekalian , mari la kita berusaha bersama untuk melawan nafsu supaya puasa kita tahun ini bermakna. lupakan keseronokan yang kita ingini bulan ini. banyakkan beramal dan jangan lupa bayar zakat fitrah untuk bulan ini.

Akhir kata saya untuk kali ni , Solat jangan tinggal dan bacalah Al Quran dan dalam maksud nya supaya Puasa kita tahun ini lebih bermakna.