Sunday, 5 June 2016

Ramadhan kali ini

bismillah

Assalamualaikum, hari ni bermula lah bulan Ramadhan. kali ini kami keseluarga menyambut bulan baik ini tanpa ibu tercinta. sedih. tapi itu la kenyataan kami keseluarga kami akan tempohi. adakah ramadhan ini menjadi titik mula aku meningkatkan iman ku? tgk la

Monday, 7 July 2014

Ramadhan ke-10

Alhamdullilah

Syukur sebab gua masih bernyawa, masih dianugerahkan kudrat untuk menjalankan ibadah puasa.

Hari ini gua dah selesai bayar zakat fitrah. Rasanya dah dekat 5 tahun gua dah start bayar zakat fitrah ini. InsyaAllah zakat laim harap satu hari nanti gua mampu laksanakan.

Gua memulai ingat nak bayar hari raya pertama. Tapi memikirkan takurt terlupa. Gua bayar hari. Gua bayar utk seorang. Tahun2 lepas gua bayar dengan atuk dan nenek.  Tahun ni takde lagi. InsyaAllah yiba masanya gua bayar sekali utk isteri dan seteruanya utk anak2

Monday, 30 June 2014

Entry 2 di ramadhan 3

Syukur.

Assalamualaikum semua. Berjumpa kita lagi. Alhamdullilah. Semoga kita dapat bertemu lagi untuk hari eaok nye

Takde apa yang dapat aku ucapkan. Hanya bersyukur pada Allah SWT kerana mengkurniankan kesihatan yang baik bagi meneruskan perjuangan jihad melawan nafsu di bulan mulia ari harini.

Pergh ujian minggu 1st ni sgt lah mencabor. Well nak biasakan amalan puasa ni memang dasat. Tapi itu la cabarnya. Semoga korang dapat bertahan

InsyaAllah

Saturday, 28 June 2014

First ramadhan

Assalamualaikum

Alhamdullilah, dapat kita menyambut ramadahan untuk tahun ni lagi. Apa aku harap ramadhan ni lebih baik dan sempurna dari tahun lepas. Penyesalan tahun lepas ku lupakan. Azam ku tanam dalam diri.

Nasihat aku pada diri sendiri dan rakan. Kurang2 la selfie, caci maki, mengumpat dan lelagi sifat negatif yg beleluasa laman  sosial , perbaiki la amalan sebab belum tentu kita menyambut ramadhan utk tahun depan.

Sama kita kuat perpaduan antara kita. Bersatu demi agama islam. Allah u akhbar!!!!

Tak bape sound rock aku kali ni haha.

Stay positive InsyaAllah!

Monday, 23 July 2012

Entry ke-4

Ramadhan 4

4 hari sudah, bagaimana niat puasa? dah niat ke belum?

aku hanya terus menulis sepanjang puasa ini harap aku akan mampu menulis sampai akhir puasa nanti. aku ada terbaca tentang artikel seorang selebriti, beliau sudah berhijrah menjadi orang yang beriman dan sedar tentang kewajiban beliau sebagai orang islam. dia hanya menyeru saudara se-islamnya menutup aurat, tetapi dia diperkotakatikan.

aku faham beliau ini penah terkenal dengan imej seksi, tapi bukan suatu tiket bagi semua orang untuk tidak menerima seruannya kerana dia penah melakukan kesilapan. aku sedih dengan semua orang yang menulis di lama sosial, Twitter, mengeluarkan kata-kata yang menyinggungkan perasaan beliau. walaupun dia tak tunjuk kekesalannya. tetapi aku tahu, dia sedih.

aku penah menyatakan kisah doa orang dizalimi ini, doanya tiada pengdinding. akan makbul dengan segera. adakah anda yang telah mengeluarkan kata-kata kesat ini tidak menzalimi selebriti ini?

sedarlah wahai saudara, jika orang cuba melakukan sesuatu yang baik, sokong mereka, jika tak suka diam and walk away, melainkan dia melakukkan kesalahan.

Sunday, 22 July 2012

Melancholy

Mungkin aku letih kerana aku  ada kelas pagi tadi, kul 8 selalunya aku berada di katil berdengkur bermimpi indah, tapi hari ini aku ada kelas.

bulan puasa, aku takkan menyalahkan bulan puasa kerana aku letih. ini satu ujian untuk ku bulan puasa kali ni.

penat, penat , penat... tahan din tahan

Saturday, 21 July 2012

hari kedua


2 Ramadhan
Siang tadi bermulalah umat Islam menunaikan ibadah Puasa untuk pertama kali, seperti biasa selepas aku balik menunaikan ibadah sunat Solat Terawih, aku akan menulis. Aku memang suka menulis, menyatakan hasrat sanubari aku ini. Banyak sudah aku simpan, kini aku menulis sebagai ibadah menyeru semua umat Islam berusaha melaksanakan ibadah puasa dengan sebaiknya.

Taskirah Terawih tadi bercerita tentang doa orang di zalimi ini tiada pendinding, tiada tembok memisahkan orang yang di zalimi kepada Allah SWT. Kita semestinya mengelakkan penindasan terhadap orang yang di zalimi ini. Berbuat baik lah kepada mereka, jangan zalim mereka buruk padahnya jika kita berada dalam doa mereka dan kita akan di azab terus di dunia.

Secara terangnya, aku sentiasa memastikan aku tidak menzalimi orang lain. Hak mereka jangan di ambil, sedih aku teringat kejadian berlaku pada kawan aku yang di zalimi oleh rakannya sendiri. Walaupun halnya tidak besar sangat, tetapi harapan si kawan tu untuk mendapat tiket balik ke kampung halaman di zalimi. Hanya kerana boyfriend ingin balik sama. Kawan dilupakan. Tiket sepatutnya diberi kepada kawan ku itu, diberi kepada boyfriendnya. Ya rabbi, ape salahnya belikan tiket untuk kawan aku tu sekali? Asalkan dia dapat juga balik. Ini memberi alasan tiket habis, kelam kabut kawan aku itu. Sebaik la dapat juga tiket, kalau tak tatau apa yang terjadi.

Apa pun aku harap jadikan cerita aku ini sebagai pengajaran. Jangan zalim harapan kawan. Sesama kita mengubahkannya.