2 Ramadhan
Siang tadi
bermulalah umat Islam menunaikan ibadah Puasa untuk pertama kali, seperti biasa
selepas aku balik menunaikan ibadah sunat Solat Terawih, aku akan menulis. Aku memang
suka menulis, menyatakan hasrat sanubari aku ini. Banyak sudah aku simpan, kini
aku menulis sebagai ibadah menyeru semua umat Islam berusaha melaksanakan
ibadah puasa dengan sebaiknya.
Taskirah Terawih
tadi bercerita tentang doa orang di zalimi ini tiada pendinding, tiada tembok
memisahkan orang yang di zalimi kepada Allah SWT. Kita semestinya mengelakkan
penindasan terhadap orang yang di zalimi ini. Berbuat baik lah kepada mereka,
jangan zalim mereka buruk padahnya jika kita berada dalam doa mereka dan kita
akan di azab terus di dunia.
Secara terangnya,
aku sentiasa memastikan aku tidak menzalimi orang lain. Hak mereka jangan di
ambil, sedih aku teringat kejadian berlaku pada kawan aku yang di zalimi oleh
rakannya sendiri. Walaupun halnya tidak besar sangat, tetapi harapan si kawan
tu untuk mendapat tiket balik ke kampung halaman di zalimi. Hanya kerana
boyfriend ingin balik sama. Kawan dilupakan. Tiket sepatutnya diberi kepada
kawan ku itu, diberi kepada boyfriendnya. Ya rabbi, ape salahnya belikan tiket
untuk kawan aku tu sekali? Asalkan dia dapat juga balik. Ini memberi alasan
tiket habis, kelam kabut kawan aku itu. Sebaik la dapat juga tiket, kalau tak
tatau apa yang terjadi.
Apa pun aku harap
jadikan cerita aku ini sebagai pengajaran. Jangan zalim harapan kawan. Sesama kita
mengubahkannya.
No comments:
Post a Comment