1 Ramadhan
Berpisah kita
dengan bulan Syaaban, dan bermulalah kita menjalani ibadah puasa selama
sebulan, bulan yang penuh kerahmatan, bulan penuh keinsafan. Aku harap Ramadhan
kali ini penuh dengan keinsafan.
Tapi pada aku
keinsafan tak perlu ditunggu hanya pada bulan puasa saja, sebelumnya pun boleh
tapi aku tak tahu kenapa perlu menunggu Ramadhan ini? Entah lah, aku tak dapat
nak elobratekan persoalan ini kerana aku sendiri tiada jawapannya. Ilmu di dada
tidak cukup untuk mencari jawapan tersebut.
Hanya aku tahu
menulis, mungkin dengan menulis akan dapat aku cari penyelesaiannya.
.
.
Malam ni malam
pertama bersolat terawikh, aku seperti biasa pergi ke surau dan menunaikan
ibadah sunat tersebut. Ada taskirah di pertengahan solat, bertujuan untuk rehat
kepada golongan yang uzur.
Cerita taskirah
itu berkenaan percakapan, puasa mulut. Kita bukanya hanya menahan lapar dan
dahaga saja, malah semua anggota perlu di jaga. Percakapan kita hari-hari,
adakah kita pasti apa yang kita cakap itu memberi kita pahala atau dosa? Kita tak
sedar pabila nafsu menguasai akal fikiran dan boleh mendatangkan kesan pada
orang lain.
Harap puasa ini
dapat di kunci perbuatan buruk
Harapan.
No comments:
Post a Comment