Monday, 23 July 2012

Entry ke-4

Ramadhan 4

4 hari sudah, bagaimana niat puasa? dah niat ke belum?

aku hanya terus menulis sepanjang puasa ini harap aku akan mampu menulis sampai akhir puasa nanti. aku ada terbaca tentang artikel seorang selebriti, beliau sudah berhijrah menjadi orang yang beriman dan sedar tentang kewajiban beliau sebagai orang islam. dia hanya menyeru saudara se-islamnya menutup aurat, tetapi dia diperkotakatikan.

aku faham beliau ini penah terkenal dengan imej seksi, tapi bukan suatu tiket bagi semua orang untuk tidak menerima seruannya kerana dia penah melakukan kesilapan. aku sedih dengan semua orang yang menulis di lama sosial, Twitter, mengeluarkan kata-kata yang menyinggungkan perasaan beliau. walaupun dia tak tunjuk kekesalannya. tetapi aku tahu, dia sedih.

aku penah menyatakan kisah doa orang dizalimi ini, doanya tiada pengdinding. akan makbul dengan segera. adakah anda yang telah mengeluarkan kata-kata kesat ini tidak menzalimi selebriti ini?

sedarlah wahai saudara, jika orang cuba melakukan sesuatu yang baik, sokong mereka, jika tak suka diam and walk away, melainkan dia melakukkan kesalahan.

Sunday, 22 July 2012

Melancholy

Mungkin aku letih kerana aku  ada kelas pagi tadi, kul 8 selalunya aku berada di katil berdengkur bermimpi indah, tapi hari ini aku ada kelas.

bulan puasa, aku takkan menyalahkan bulan puasa kerana aku letih. ini satu ujian untuk ku bulan puasa kali ni.

penat, penat , penat... tahan din tahan

Saturday, 21 July 2012

hari kedua


2 Ramadhan
Siang tadi bermulalah umat Islam menunaikan ibadah Puasa untuk pertama kali, seperti biasa selepas aku balik menunaikan ibadah sunat Solat Terawih, aku akan menulis. Aku memang suka menulis, menyatakan hasrat sanubari aku ini. Banyak sudah aku simpan, kini aku menulis sebagai ibadah menyeru semua umat Islam berusaha melaksanakan ibadah puasa dengan sebaiknya.

Taskirah Terawih tadi bercerita tentang doa orang di zalimi ini tiada pendinding, tiada tembok memisahkan orang yang di zalimi kepada Allah SWT. Kita semestinya mengelakkan penindasan terhadap orang yang di zalimi ini. Berbuat baik lah kepada mereka, jangan zalim mereka buruk padahnya jika kita berada dalam doa mereka dan kita akan di azab terus di dunia.

Secara terangnya, aku sentiasa memastikan aku tidak menzalimi orang lain. Hak mereka jangan di ambil, sedih aku teringat kejadian berlaku pada kawan aku yang di zalimi oleh rakannya sendiri. Walaupun halnya tidak besar sangat, tetapi harapan si kawan tu untuk mendapat tiket balik ke kampung halaman di zalimi. Hanya kerana boyfriend ingin balik sama. Kawan dilupakan. Tiket sepatutnya diberi kepada kawan ku itu, diberi kepada boyfriendnya. Ya rabbi, ape salahnya belikan tiket untuk kawan aku tu sekali? Asalkan dia dapat juga balik. Ini memberi alasan tiket habis, kelam kabut kawan aku itu. Sebaik la dapat juga tiket, kalau tak tatau apa yang terjadi.

Apa pun aku harap jadikan cerita aku ini sebagai pengajaran. Jangan zalim harapan kawan. Sesama kita mengubahkannya.

Friday, 20 July 2012

Bermula Ramadhan


1 Ramadhan

Berpisah kita dengan bulan Syaaban, dan bermulalah kita menjalani ibadah puasa selama sebulan, bulan yang penuh kerahmatan, bulan penuh keinsafan. Aku harap Ramadhan kali ini penuh dengan keinsafan.

Tapi pada aku keinsafan tak perlu ditunggu hanya pada bulan puasa saja, sebelumnya pun boleh tapi aku tak tahu kenapa perlu menunggu Ramadhan ini? Entah lah, aku tak dapat nak elobratekan persoalan ini kerana aku sendiri tiada jawapannya. Ilmu di dada tidak cukup untuk mencari jawapan tersebut.

Hanya aku tahu menulis, mungkin dengan menulis akan dapat aku cari penyelesaiannya.

.
.
Malam ni malam pertama bersolat terawikh, aku seperti biasa pergi ke surau dan menunaikan ibadah sunat tersebut. Ada taskirah di pertengahan solat, bertujuan untuk rehat kepada golongan yang uzur.

Cerita taskirah itu berkenaan percakapan, puasa mulut. Kita bukanya hanya menahan lapar dan dahaga saja, malah semua anggota perlu di jaga. Percakapan kita hari-hari, adakah kita pasti apa yang kita cakap itu memberi kita pahala atau dosa? Kita tak sedar pabila nafsu menguasai akal fikiran dan boleh mendatangkan kesan pada orang lain.

Harap puasa ini dapat di kunci perbuatan buruk

Harapan.